English is fun

Slot Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pembelajaran bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai ‘susah’, ‘mustahil’ dan ‘elit’ kepada murid Tingkatan 1. Slot ini bertujuan mewujudkan suasana "English is fun"! Murid juga didedahkan kepada aktiviti-aktiviti bersesuaian yang boleh dipraktikkan di dalam pembelajaran bahasa Inggeris setelah PdP berjalan.



Ceramah Keselamatan

Ceramah Keselamatan anjuran Unit Disiplin Sekolah turut diselitkan dalam Minggu Orientasi 2013. Ceramah ini bertujuan mendedahkan murid-murid dengan langkah-langkah  keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku pekara yang tidak diingin. Sepanjang slot ini, pelajar diberi peluang menggunakan alat pemadam api dengan tunjuk ajar daripada Pasukan Bomba Tapah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Tapah, kerana sudi hadir memberikan ceramah dan demonstrasi keselamatan kepada murid-murid.



Hari Ketiga Orientasi

Pada hari ketiga orientasi, pelajar didedahkan dengan kaedah penghafalan al-Quran dan kelas tasmi' telah pun dilaksanakan.



Hari Kedua Orientasi

Hari Kedua Minggu Orientasi dimulai dengan solat subuh berjemaah dan tazkirah pendek. Sepanjang hari ini pelajar telah mengikuti:

a) Taklimat bersama Pengetua dan Guru Kelas
b) Pengenalan al-Quran
c) Pengenalan al-Mathurat
d) Pengurusan diri & asrama



Gambar dibawah adalah sesi pengurusan diri dan asrama. Pelajar tingkatan satu diberi taklimat berkenaan pengurusan diri dan diajar cara-cara untuk melipat pakaian dan menguruskan loker masing-masing dengan baik. Sesi ini turut dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pengawas asrama dan guru-guru.




Hari Pertama Orientasi


Sesi minggu orientasi pelajar tingkatan 1 dimulai dengan Solat Maghrib, Kuliyah Maghrib dan Solat Isyak secara berjemaah bersama-sama dengan warga SMATT. 


Setelah selesai menunaikan solat berjemaah, pelajar tingkatan satu diberi taklimat ringkas dan sesi taaruf dijalankan. Meskipun, masing-masing tidak pernah mengenali antara satu sama lain, para pelajar kelihatan mesra dan dapat memberikan komitmen yang baik dalam slot ini.




Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1

... الحمد لله ربّ العالمين

Pada 16 Januari 2013 seramai 20 orang pelajar baru tingkatan 1 2013 telah mendaftar di SM Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang manakala atas sebab-sebab tertentu, 2 orang lagi pelajar akan mendaftar pada minggu hadapan. Para ibubapa telah diberi taklimat oleh Guru Disiplin, Ketua Warden, Penolong Kanan serta ucapan alu-aluan daripada tuan pengetua, Tn Hj. Ridzuan b. Ahmad. Majlis turut dihadiri oleh Cik Madiha Bt Mohamad, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak, Unit Kewangan dan Pentadbiran. Serentak dengan itu, satu taklimat untuk pelajar baru bersama warden asrama turut dijalankan. Pelajar - pelajar tingkatan 2 telah diberi tanggungjawab untuk menjaga para pelajar baru ini disamping mengendalikan sesi orientasi. Semoga semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama penuh. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.



Kursus Kepimpinan Pengawas 2013

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ. Pada 12 hingga 13 haribulan Januari, Unit Disiplin SM Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang, Tapah telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas yang melibatkan 15 orang pengawas daripada Unit Sekolah, Unit Asrama dan Unit Persada. Kursus ini adalah untuk menyediakan pelajar agar bersedia dengan jawatan yang disandang, menanamkan nilai tangungjawab dan memberi bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada pengawas.

Antara slot yang dijalankan dalam kursus ini adalah:
a) Bengkel Protokol
b) Night Walk
c) Tugas dan Peranan sebagai Pemimpin
d) LDK : Pembentangan berkaitan program unit masing
e) LDK : Puzzle Game



Bengkel Protokol 
Kuliyah Maghrib

Slot: Tugas dan Peranan sebagai Pemimpin

Night Walk 
Night Walk

Puzzle Game

Pembentangan program unit masing-masing

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penhargaan kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus menjayakan kursus ini. Buat barisan kepimpinan pengawas, pihak sekolah mengharapkan kerjasama dan komitmen yang baik dari anda semua. Semoga sekolah ini akan sentiasa sifar masalah disiplin.


TAKWIM JANUARI 2013

1/1/2013             - Cuti Tahun Baru / Pelajar Pulang ke asrama
3/1/2013             - Mesyuarat JK HEM 1
7/1/2013             - Perlantikan Pengawas
10/1/2013           - Mesyuarat JKKS 1
11/1 - 13/1/2013 - Kursus Kepimpinan Pengawas
19/1/2013           - Sekolah ganti 25/1/2013
21/1/2013           - Ceramah Keselamatan (PDRM)
23/1/2013           - Pelajar pulang ke kampung
24/1/2013           - Cuti Maulidurrasul
25/1/2013           - Cuti Ganti 19/1/2013
27/1/2013           - Thaipusam
28/1/2013           - Cuti Thaipusam / Pelajar pulang ke asrama

Para pelajar Tingkatan 2 mula mendaftar sesi persekolahan pada 1 Januari 2013.
MUKAYYAM TAHFIZ 2012
(10 NOVEMBER - 14 NOVEMBER 2012)

Mukhayyam Tahfiz diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik hafazan dan i’adah ( mengulang ) serta memantapkan kecemerlangan hafazan dan akademik. Ia sejajar dengan visi dan misi sekolah untuk melahirkan para huffaz yang mencapai kecemerlangan seimbang dari segi intelek, rohani, sahsiah dan jasmani. Atas kesedaran tersebut, maka kami guru- guru SMATT bercadang melaksanakan program ini bagi memberi peluang kepada pelajar menyerlahkan potensi diri sesuai dengan SMATT  sebagai sebuah institusi akademik berteraskan tahfiz.
















Setelah selesai penutup Majlis Mukayyam 2012. Pelajar-pelajar pulang bercuti. Selamat kembali ke sekolah pada persekolahan 2013. 


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING
(3 NOVEMBER 2012)

Lawatan sambil belajar ke taiping telah dianjurkan oleh panitia Sejarah & Geografi. Objektif lawatan ini dijalankan adalah untuk :-
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Menimba ilmu pengetahuan didalam bidang sejarah.
  • Pengetahuan berkenaan kaedah pembuatan arang menggunakan kayu bakau.
  • Mengenali pelbagai jenis spesis binatang di Zoo Taiping.
  • Meredakan stress setelah tamat peperiksaan.
Berikut adalah tentatif lawatan :-

7.00 a.m - Bertolak ke Taiping
9.00 a.m - Melawat ke Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang
11.30 a.m - Melawat Muzium Kota Ngah Ibrahim
12.30 p.m - Makan Tengahhari / Solat
2.30 p.m - Melawat Muzium Taiping
4.00 p.m - Melawat Zoo Taiping
7.30 p.m - Singgah ke R & R Bukit Gantang untuk Solat Magrib
10.00 p.m - Di jangka sampai ke SMATT