PROJEK REKABENTUK TEKNOLOGI TINGKATAN 1 2012
KHB (PK)
(26 Jun 2012)
Projek Rekabentuk ini telah dilakukan oleh pelajar Tingkatan 1 2012 bagi tugasan kerja luar yang wajib dilakukan di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dibimbing oleh Cikgu Nazahatussaniyah Bt Shurdin.




Hasil Rekabentuk 
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
(24 JUN 2012)


Sambutan Israk Mikraj telah disambut pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 24 Jun 2012 di Kelas Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang Tapah. Pihak sekolah telah menjemput penceramah dari Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian iaitu Ustazah Norliza Bt Hassan. 


PELANCARAN NILAI PRESTASI SAYA
(20 JUN 2012)

Untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar SMATT, tenaga pengajar telah sebulat suara mengadakan sudut prestasi pelajar yang dinamakan "NILAI PRESTASI SAYA". Prestasi pelajar dinilai dan dipantau oleh semua guru mata pelajaran setiap minggu bagi memberi semangat dalam peningkatan prestasi pelajar-pelajar SMATT. 








KHEMAH IBADAT TINGKATAN 1
(15 & 16 JUN 2012)

Khemah ibadat ini dilaksanakan bagi merialisasikan usaha melestarikan generasi Rabbani, menjunjung agama, mengilap potensi diri agar terus memiliki sahsiah dan akhlak yang murni. Oleh itu, tema bagi khemah ibadat ini adalah 'MEMBENTUK GENERASI AL-QURAN YANG CEMERLANG'. 
Selain itu, kem ini turut membina ukhwah antara dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang, Tapah (SMATT) dan Sekolah menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (SEMARAK) bagi menjayakan KHEMAH IBADAT ini. Khemah Ibadat ini telah dijalankan seperti yg tertera di bawah :

Tarikh : 15 & 16 Jun 2012
Hari : Jumaat & Sabtu (2 Hari 1 Malam)
Tempat : Institut Kemajuan Pekebun Kecil, 33700 Padang Rengas, Perak


Tentatif Khemah Ibadat Tingkatan 1 2012

Ice Breaking

LDK 1 - Kenali Si Jantung Hati

Indoor Game


LDK 2 - Tower Of Pover

 Penceramah dan Urusetia
 

Makan

Riadhah



Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah