MAJLIS KHATAM AL-QURAN 
BERBUKA PUASA
(1 Ogos 2013)

1 Ogos 2013 bersamaan 23 Ramadhan 1434, Parsatuan Dakwah dibimbing oleh Ustazah Nurul Huda telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Majlis diadakan di surau sekolah dan melibatkan semua pelajar yang berjaya menghabiskan bacaan sebanyak 30 Juzuk Al-quran sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis ini diharapkan dapat menggalakkan lagi murid dalam membaca dan menghayati Al_Quran pada masa akan datang.


HARI BERTEMU WARIS
(12 JULAI 2013)

Hari bertemu waris telah diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa bersua muka dan berbincang secara harmonis tentang perkembangan pelajar terutama dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan disiplin di sekolah sekaligus mengambil pelajar-pelajar pulang ke rumah.





“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1) 

MINGGU AN-NISA
(4-7 JULAI 2013)

Minggu An-Nisa adalah minggu yang dianjurkan oleh Pengawas-pengawas Asrama bagi mengeratkan lagi sillaturrahim diantara pelajar-pelajar. Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan lagi minggu An-Nisa ini.

* Setiap pelajar diminta untuk memakai "button budge" ini semasa Minggu An-Nisa ini dijalankan. Alhamdulillah semua pelajar mengikut semua arahan yang diberi.



"Pecah Ais"

"Tersungkur di pintu syurga"

"BBQ bersama guru & Staff"


"End of the beginning"


"Santapan Rohani"

"The Majestic"

"Soccer Kid"

"Double Trouble"




"Malam Anugerah An-Nisa"



Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan ikatan kemesraan mawaddah antara mereka dan ikatan ukhuwah ini membantu mereka menuju Allah dan menambah takwa kepadanya.

SAMBUTAN HARI GURU & STAFF
(16 MEI 2013)

Sambutan hari guru dan staff juga tidak lupa disambut oleh SMATT. Hanya kesederhanaan sahaja sudah mencukupi bagi menyambut sambutan ini. Ini kerana, pada minggu itu, pelajar-pelajar SMATT sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. 
Bagi guru-guru, pelajar memahami apa yang diajar serta menghormati mereka sudah cukup untuk menghiburkan hati mereka.







Kaulah pendidik perwira bangsa,
Mendidik tanpa mengira masa,
Segala budi dan curahan jasa,
Tak akan dilupa terpahat sentiasa.
IKLAN JAWATAN GURU GANTI MATEMATIK TINGKATAN 1 & 2

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Bumiputera yang berkelayaan untuk mengisi kekosongan jawatan di SMATT bagi menggantikan Guru yang akan bersalin. 

Tarikh Guru Ganti yang diperlukan : 19 Ogos 2013 hingga 16 Oktober 2013

Cara memohon :
Calon-calon yang berminat bolehlah menghantar resume kepada pihak sekolah atau menghubungi terus pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

ALAMAT SEKOLAH :
SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ DARUL RIDZUAN BATANG PADANG,
JALAN RUMAH REHAT, 35000 TAPAH, PERAK.

05-4011395
SUKANEKA SMATT
(30 APRIL 2013)

Pihak organisasi SMATT telah mengadakan beberapa aktiviti sukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim diantara satu sama lain serta meningkatkan semangat kerjasama sepasukan bersama. 






LAWATAN PENANDA ARAS 
KE MAHAAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR (MITIB) 
& MELAKA
(18 - 19 APRIL 2013)

Pihak organisasi SMATT telah mengadakan lawatan penanda aras ke MITIB untuk mengaplikasikan kaedah-kaedah pengurusan dan pentadbiran, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan suasana pembelajaran yang kondusif yang bersesuaian dengan iklim dan budaya sekolah masing-masing melalui perkongsian idea dan pengalaman.

Objektif  lawatan penanda aras ini dijalankan adalah untuk : 
  1. Mewujudkan hubungan dua hala antara SMATT dan MITIB.
  2. Memberi informasi dan pengetahuan dalam aspek  pengurusan, pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian pengalaman dan idea.
  3. Untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik dalam organisasi SMATT. 

18 April 2013 ( Khamis )
5.00 pg : Berkumpul di kawasan sekolah
5.30 pg : Bertolak
6.00 pg : Solat Subuh & sarapan pagi ( R&R Tapah )
7.00 pg : Bertolak ke Maahad Integrasi Tahfiz
10.00 pg : Minum pagi
10.30 pg : Taklimat Penanda Aras di Mahaad Integrasi Tahfiz
12.30 tgh : Makan tengahari
1.00 ptg : Bertolak ke Ayer Keroh
3.00 ptg : Taman Mini Malaysia
4.00 ptg : Bertolak ke tempat penginapan (UTAS Travel)
4.30 ptg : Solat & urus diri
6.30 ptg : Makan malam (di luar)
7.45 mlm : Bertolak ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi
8.30 mlm : Kompleks Falak Al-Khawarizmi
10.00 mlm : Pulang ke tempat penginapan
                  REHAT

19 April 2013 ( Jumaat )
5.30 pg : Solat & persiapan diri
7.00 pg : Bertolak ke Bandar Hilir
8.00 pg : Sarapan pagi
8.30 pg : Kota A Famosa
10.00 pg : Muzium Kapal Samudera
11.00 pg : Menara Taming Sari
12.00 tgh : Berkumpul
12.15 tgh : Bertolak pulang
1.15 ptg : Makan (R & R Ayer Keroh)
2.15 ptg : Bertolak ke Nilai
3.45 ptg : Nilai
5.45 ptg : Bertolak pulang

SMART LEARNING
(13 APRIL 2013)

Objektif Program ‘Smart Learning’ ini dijalankan adalah untuk
                 i. menjadikan program ini sebagai batu loncatan kepada pelajar-pelajar SMATT untuk memberikan kesedaran bahawa penilaian pentaksiran penting agar domain kognitif dan afektif pelajar dapat diperkembangkan.
               ii.  memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) supaya para pelajar dapat menghadapi ujian penilaian dengan tenang dan bersemangat.
             iii.  memastikan para pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.



Perunding program : Tn. Abd. Ghani bin Yusof    (Konsultan Jana Insan)
Tarikh/Hari : 13 April 2013 (Sabtu)
Tempat : Rumah Rehat Tapah, Perak. 

TENTATIF PROGRAM SMART LEARNING 






Bulan Peperiksaan


Bulan Mac merupakan bulan yang dipenuhi dengan peperiksaan bagi murid SM Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang. Pada 6 & 7 Mac 2013 yang lalu, Peperiksaan Syafawi dan Tahriri telah dilaksanakan. Tarikh peperiksaan yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

11 - 14 Mac : Peperiksaan Idadi
18 - 22 Mac : Pentaksiran & Penilaian bagi mata pelajaran akademik

Pihak sekolah mengucapkan semoga berjaya kepada anak-anak didik. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan serta diberkati Allah.

Minggu Sains dan Matematik


Pada 5 Mac 2013, Panitia Sains dan Matematik SM Tahfiz Darul Ridzuan telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Projek Tanaman Hiasan. Aktiviti ini bermatlamat untuk:


1. Mendedahkan pelajar tentang konsep gerak balas tumbuhan (tropism).
2. Mengaplikasikan konsep ukuran asas, perimeter dan luas dalam pengurusan landskap.
3. Memupuk semangat berpasukan dan perlaksanaan yang bersistematik.
4. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Kokurikulum (Sukan)


Pihak sekolah telah menetapkan pada setiap hari Khamis, murid-murid akan bersukan mengikut kelab masing-masing disebelah petang. Antara kelab sukan yang ada ialah Kelab Badminton, Kelab Bola Jaring dan Kelab Ping Pong. Murid-murid juga berpeluang untuk turun ke gimnasium bagi menguatkan stamina serta memberi ruang untuk bersenam menggunakan peralatan yang bersesuaian.

Selection Hafazan


Pada 2 Febuari 2013, empat orang murid SM Tahfiz Darul Ridzuan telah menyertai pemilihan wakil hafazan ke peringkat Negeri Perak. Empat orang murid tersebut ialah Wan Anis Amirah, Maisarah, Siti Zulaikha dan Fatin Aqilah. Namun, kemenangan tidak berpihak kepada sekolah kami. Walaubagaimanapun, pengalaman yang dilalui sepanjang pertandingan berlangsung adalah yang utama sebagai persediaan untuk tahun hadapan. InsyAllah.

English is fun

Slot Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pembelajaran bahasa Inggeris yang dikatakan sebagai ‘susah’, ‘mustahil’ dan ‘elit’ kepada murid Tingkatan 1. Slot ini bertujuan mewujudkan suasana "English is fun"! Murid juga didedahkan kepada aktiviti-aktiviti bersesuaian yang boleh dipraktikkan di dalam pembelajaran bahasa Inggeris setelah PdP berjalan.



Ceramah Keselamatan

Ceramah Keselamatan anjuran Unit Disiplin Sekolah turut diselitkan dalam Minggu Orientasi 2013. Ceramah ini bertujuan mendedahkan murid-murid dengan langkah-langkah  keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku pekara yang tidak diingin. Sepanjang slot ini, pelajar diberi peluang menggunakan alat pemadam api dengan tunjuk ajar daripada Pasukan Bomba Tapah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Tapah, kerana sudi hadir memberikan ceramah dan demonstrasi keselamatan kepada murid-murid.



Hari Ketiga Orientasi

Pada hari ketiga orientasi, pelajar didedahkan dengan kaedah penghafalan al-Quran dan kelas tasmi' telah pun dilaksanakan.



Hari Kedua Orientasi

Hari Kedua Minggu Orientasi dimulai dengan solat subuh berjemaah dan tazkirah pendek. Sepanjang hari ini pelajar telah mengikuti:

a) Taklimat bersama Pengetua dan Guru Kelas
b) Pengenalan al-Quran
c) Pengenalan al-Mathurat
d) Pengurusan diri & asrama



Gambar dibawah adalah sesi pengurusan diri dan asrama. Pelajar tingkatan satu diberi taklimat berkenaan pengurusan diri dan diajar cara-cara untuk melipat pakaian dan menguruskan loker masing-masing dengan baik. Sesi ini turut dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada pengawas asrama dan guru-guru.