LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING
(3 NOVEMBER 2012)
Lawatan sambil belajar ke taiping telah dianjurkan oleh panitia Sejarah & Geografi. Objektif lawatan ini dijalankan adalah untuk :-
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar.
- Menimba ilmu pengetahuan didalam bidang sejarah.
- Pengetahuan berkenaan kaedah pembuatan arang menggunakan kayu bakau.
- Mengenali pelbagai jenis spesis binatang di Zoo Taiping.
- Meredakan stress setelah tamat peperiksaan.
Berikut adalah tentatif lawatan :-
7.00 a.m - Bertolak ke Taiping
9.00 a.m - Melawat ke Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang
11.30 a.m - Melawat Muzium Kota Ngah Ibrahim
12.30 p.m - Makan Tengahhari / Solat
2.30 p.m - Melawat Muzium Taiping
4.00 p.m - Melawat Zoo Taiping
7.30 p.m - Singgah ke R & R Bukit Gantang untuk Solat Magrib
10.00 p.m - Di jangka sampai ke SMATT