MUKAYYAM TAHFIZ
(17.11.2013)

Program Mukayyam Tahfiz kali ke-2 telah diadakan di SMATT dan juga di kem PLKN Sentosa, Chenderiang, Tapah Perak. Mukayyam Tahfiz ini diadakan untuk meningkatkan lagi kecemerlangan tahfiz dan juga akademik serta kecemerlangan dari sudut sahsiah, aklak dan motivasi diri pelajar. Setelah selesai majlis pelaja-pelajar pulang ke kampung bersama ibubapa masing-masing.

MAJLIS IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT NEGERI 
PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2013
(1.11.2013 - 2.11.2013)

Pada 1 hingga 2 November 2013, telah diadakan Majlis ihtifal Huffaz Peringkat Negeri Perak buat pertama kalinya bagi lima buah sekolah dibawah kelolaan JAIPK bertempat di INTIM (Institut Tadbiran Islam Perak). Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu :- 
1. Tilawah (Secara Hafazan)
2. Hafazan (Tingkatan 1)
3. Hafazan (Tingkatan 2)
4. Pidato Bahasa Arab
5. Imla Qur'an
6. Nasyid Bahasa Arab

Majlis ini dirasmikan oleh S.F. Dato' Hj Mohd Yusop Bin Hj Husin D.P.M.P.,P.M.P.,A.M.P.,P.P.T. (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak) dan dihadiri oleh YB Mohd Nizar bin Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Semua wakil-wakil sekolah dari SMTDR juga memberi saingan yang cukup hebat. Alhamdulillah. SMATT telah menjadi Johan keseluruhan majlis ihtifal ini. 

Berikut merupakan pencapaian SMATT :- 
1. Tilawah (Secara Hafazan) - Naib Johan (AZWA ZAHIERA BT ABD WAHID)
2. Hafazan Tingkatan 1 - Johan (NUR AFIQAH BINTI MATSAHURI)
3. Hafazan Tingkatan 2 - Naib Johan (NURUL MAISARAH BT ZAHARUDDIN)
4. Imla Qur'an - Johan (WAN ANIS AMIRAH BT WAN ABDUL HALIM)
5. Pidato Bahasa Arab - Naib Johan (NURFATIN AQILAH BINTI MOHD BADRONDIN)
6. Nasyid Bahasa Arab - Naib Johan (NURUL HAAFIZAH BINTI MOHD RODZI, NURUL  AIMAN BT AZIZI, NURUL HANA BT AHMAD RADZUAN, AINUL BASYIRAH BT BADLI SHAM,  NURUL ALIAH BINTI ABDUL HALIM, NURUL ASYIQIN BINTI MOHAMED YAZID, NOR AIDA AINA  BINTI  AYUB, 
NORHASYA RUSHAIDA BINTI MOHD DIYAB, NURUL KHANNAN BINTI MOHD KHAIRI)