MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN
 & 
PENYAMPAIAN BAJU DAN DUIT RAYA
(15 OGOS 2012)

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah mengatakan "jangan kamu jadikan Ramadhan sama dengan bulan-bulan yang lain". Oleh yang demikian, Persatuan Dakwah dan Agama (PERSADA) akan mengambil peluang ini untuk menganjurkan beberapa aktiviti untuk meningkatkan lagi penghayatan bulan yang mulia ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti :
  • Kursus Solat Terawih
  • Tadarus Ramadhan
  • Memperdengarkan bacaan Al-Quran/Zikir dan Nashid
  • Qiamullail
  • Tazkirah Ramadhan
  • Sambutan Nuzul Al-Quran
  • Beli juadah di bazar ramadhan
  • Majlis berbuka puasa & Khatam Al-quran 
Sebagai Penghargaan kepada pelajar-pelajar kerana telah mengikuti semua aktiviti ini dengan jayanya, pihak sekolah berbesar hati memberikan trofi kepada pemenang dan cenderamata duit raya beserta baju raya kepada mereka yang berkenaan.