TAKWIM JANUARI 2013

1/1/2013             - Cuti Tahun Baru / Pelajar Pulang ke asrama
3/1/2013             - Mesyuarat JK HEM 1
7/1/2013             - Perlantikan Pengawas
10/1/2013           - Mesyuarat JKKS 1
11/1 - 13/1/2013 - Kursus Kepimpinan Pengawas
19/1/2013           - Sekolah ganti 25/1/2013
21/1/2013           - Ceramah Keselamatan (PDRM)
23/1/2013           - Pelajar pulang ke kampung
24/1/2013           - Cuti Maulidurrasul
25/1/2013           - Cuti Ganti 19/1/2013
27/1/2013           - Thaipusam
28/1/2013           - Cuti Thaipusam / Pelajar pulang ke asrama

Para pelajar Tingkatan 2 mula mendaftar sesi persekolahan pada 1 Januari 2013.
MUKAYYAM TAHFIZ 2012
(10 NOVEMBER - 14 NOVEMBER 2012)

Mukhayyam Tahfiz diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik hafazan dan i’adah ( mengulang ) serta memantapkan kecemerlangan hafazan dan akademik. Ia sejajar dengan visi dan misi sekolah untuk melahirkan para huffaz yang mencapai kecemerlangan seimbang dari segi intelek, rohani, sahsiah dan jasmani. Atas kesedaran tersebut, maka kami guru- guru SMATT bercadang melaksanakan program ini bagi memberi peluang kepada pelajar menyerlahkan potensi diri sesuai dengan SMATT  sebagai sebuah institusi akademik berteraskan tahfiz.
















Setelah selesai penutup Majlis Mukayyam 2012. Pelajar-pelajar pulang bercuti. Selamat kembali ke sekolah pada persekolahan 2013. 


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAIPING
(3 NOVEMBER 2012)

Lawatan sambil belajar ke taiping telah dianjurkan oleh panitia Sejarah & Geografi. Objektif lawatan ini dijalankan adalah untuk :-
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Menimba ilmu pengetahuan didalam bidang sejarah.
  • Pengetahuan berkenaan kaedah pembuatan arang menggunakan kayu bakau.
  • Mengenali pelbagai jenis spesis binatang di Zoo Taiping.
  • Meredakan stress setelah tamat peperiksaan.
Berikut adalah tentatif lawatan :-

7.00 a.m - Bertolak ke Taiping
9.00 a.m - Melawat ke Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang
11.30 a.m - Melawat Muzium Kota Ngah Ibrahim
12.30 p.m - Makan Tengahhari / Solat
2.30 p.m - Melawat Muzium Taiping
4.00 p.m - Melawat Zoo Taiping
7.30 p.m - Singgah ke R & R Bukit Gantang untuk Solat Magrib
10.00 p.m - Di jangka sampai ke SMATT

PERMOHONAN 
KEMASUKAN KE TINGKATAN 1
SEKOLAH MENENGAH AGAMA
KERAJAAN NEGERI PERAK 2013

Berikut merupakan kaedah permohonan kemasukan pelajar ke tingkatan 1 bagi Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak bagi tahun 2013



GAMBAR KENANGAN SEMASA 
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 
MAJLIS PENUTUP HARI KEMERDEKAAN
(14 SEPTEMBER 2012)

Setelah selesai Majlis penutup kemerdekaan, jamuan kecil-kecilansempena Hari Raya telah diadakan. Jamuan Hari raya kecil - kecilan ini disambut meriah oleh semua kakitangan dan pelajar-pelajar yang bertempat di perkarangan sekolah SMATT.  

Ramadhan hanya tiba sekali,
Dekatkan diri kepada ilahi,
Sucikan diri bersihkan hati,
Agar wajah muda berseri.

Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan,
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.














Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN. 
"SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"


MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55 
(14 SEPTEMBER 2012)

Sempena bulan kemerdekaan yang lalu, Kelab Bahasa dengan kerjasama Panitia Sejarah dan Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan. Sempena bulan Kemerdekaan ini, beberapa aktiviti telah dirancang bagi memberi galakan kepada pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian. Berikut adalah jadual aktiviti-aktiviti yang dijalankan :-



Pada 14 September 2012, Majlis penutup Sambutan Hari Kemerdekaan telah diadakan. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi aktiviti yang dijalankan. 

1. Pertandingan Menulis Karangan (Esei) Sempena Bulan Kemerdekaan
Pertama : AZWA ZAHIERA BT ABD WAHID
Kedua : FATIN NUR ADRIANA BT MUHAMAD HAKIMI
Ketiga : AINUL BASYIRAH BT BADLI SHAM

2. Pertandingan Menulis Khat
Pertama : QURRATUN AIN BINTI ABDUL HISHAM
Kedua : SITI ZULAIKHA BINTI ABDUL RAZAK
Ketiga : AZWA ZAHIERA BT ABD WAHID


3. Pertandingan Sukaneka
Pertama : Kumpulan 2
Kedua : Kumpulan 5
Ketiga : Kumpulan 1

4. Pertandingan Melukis Bertemakan Kemerdekaan
Pertama : SITI ZULAIKHA BINTI ABDUL RAZAK
Kedua : KARISMA DIANA BINTI  ISMAIL
Ketiga : NURUL MAISARAH BT ZAHARUDDIN

5. Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan
Pertama : SITI SARAH UMAIRAH BT SAAFI
Kedua : WAN ANIS AMIRAH BT WAN ABDUL HALIM
Ketiga : SITI ZULAIKHA BINTI ABDUL RAZAK

6. Kuiz Hari Merdeka
Pertama : Kumpulan Muhammad Hamzah
Kedua : Kumpulan Satu Bangsa 1 Malaysia
Ketiga : Kumpulan Wawasan 2020

7. Pertandingan Menghias Sudut Kemerdekaan
Pertama : Kumpulan Jalur Gemilang
Kedua : Kumpulan Satu Bangsa Satu Malaysia
Ketiga : Kumpulan Wawasan 2020