PERMOHONAN KE TINGKATAN 1

1.Bagaimanakah cara untuk memohon ke Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Tapah (SMATT) ?
Untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 ke SMATT, permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE di laman web seperti berikut :-


1. http://jaipk.perak.gov.my
2. http://egerbang.perak.gov.my

2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon?
1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam
2. Calon yang menduduki UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tahun semasa dan memperolehi sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR 2015, dan
3. Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 4B UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) 2014
4. Menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2015

3. Adakah kemasukan ke SMATT memerlukan Ujian Khas?
Ya. Calon-calon yang mencukupi syarat akan dipanggil untuk menduduki Ujian Khas iaitu Ujian Hafazan Quran. Beberapa potongan ayat Quran akan diberi kepada calon dan diminta menghafal dalam tempoh tertentu

4. Bila permohonan Online boleh dibuat dan permohonan Online ditutup?
Permohonan Online akan dibuka bermula hari pertama keputusan UPSR diumumkan dan ditutup 2 minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.