PENGENALAN SMATT 2012

Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang atau dikenali sebagai SMATT ini ditubuhkan pada 3 Januari 2012 di Jalan Bukit Rumah Rehat Tapah.

SMATT ditubuhkan di bawah kerajaan negeri Perak sama seperti sekolah-sekolah  agama yang lain seperti Sekolah Izzudin Shah Ipoh (SIS), Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) dan Sekolah Dr. Nazrin Shah (SARJANA),Kampung Gajah Perak. Selain sekolah SMATT terdapat 4 lagi sekolah tahfiz yang baru ditubuhkan oleh kerajaan negeri iaitu di Daerah Manjung, Kerian ,Kuala Kangsar, dan Lenggong.

Pengambilan murid kumpulan pertama adalah seramai 22 orang pelajar perempuan dan 6 orang guru. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan asrama.Pembukaan rasmi sekolah ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkhairi bin Mohd Noor iaitu Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk pada 16 Januari 2012.